BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 27, 2010

Semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah lambakan warga asing.

Masalah jenayah dan pelbagai lagi masalah lain yang dilakukan oleh warga asing semakin meruncing dan membimbangkan banyak pihak terutama kepada golongan ibu bapa. Ini kerana sudah terlalu banyak kes-kes jenayah yang melibatkan penjenayah warga asing yang menyebabkan mereka bimbang akan keselamatan anak-anak malah diri mereka sendiri. Banyak kes jenayah kejam yang dilakukan mereka seperti pembunuhan, rompakan, meragut dan sebagainya menyebabkan orang awam berasa takut untuk keluar melakukan aktiviti seharian mereka. Apa tidaknya, bayangkan sahaja apa perasaan kita apabila menaiki pengangkutan awam dan hampir 95% daripada penumpangnya terdiri daripada warga asing dan bilangan penduduk tempatan boleh dikira dengan jari, terasa seperti kita pula yang menumpang di negara orang.

Bukan itu sahaja, media elektronik malam tadi melaporkan tentang masalah kepadatan jumlah banduan di penjara yang juga turut dikaitkan dengan jumlah warga asing yang terlalu ramai di dalamnya bahkan ada juga yang sering keluar masuk penjara kerana sering melakukan kesalahan sama berulang kali. Bagaimanakah kita sebagai rakyat tempatan untuk berasa selamat berada di negara sendiri apabila statistik jenayah di Malaysia dilaporkan semakin banyak dan kebanyakan daripadanya dilakukan oleh warga asing. Sudah terlalu banyak orang ramai yang menghadapi masalah trauma akibat daripada kejadian jenayah kejam yang mereka lalui.

Oleh itu disini saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang punya kesedaran akan betapa pentingnya untuk kita mengamnbil tindakan tegas terhadap semua penjenayah terutama sekali kepada penjenayah warga asing menyeru semua pihak agar bersatu dalam menangani masalah kebanjiran warga asing di negara kita demi kebaikan kita bersama.

Pihak kerajaan perlubekerjasama dangan pihak berkuasa dalam menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas bagi memastikan keselamatan rakyatnya, begitu juga bagi pihak pengusaha industri-industri yang terlalu bergantung kepada tenaga buruh asing seperti dalam sektor perkilangan dan perladangan untuk mengambil tindakan lebih effektif dalam pengurusan sumber manusia dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing. Langkah ini juga mampu menyelesaikan masalah pengangguran dikalangan rakyat tempatan apabila peluang pekerjaan yang sebelum ini diberikan kepada pekerja asing dikembalikan kepada mereka yang lebih berhak.

Jadi saya berharap agar semua pihak dapat berganding bahu dalam menangani isu ini bagi memastikan keselamatan orang awam lebih terjamin, mengurangkan kadar jenayah dan seterusnya mengurangkan jumlah pengangguran di Malaysia.

Aida Ibrahim,
UiTM shah alam.

0 comments: