BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 23, 2010

Saya merujuk kepada artikel bertajuk ‘hiburan bermaklumat menjadi ejen tingkat kesedaran masyarakat’ tulisan PAPAS,KL yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 22 Februari 2010.

Memang benar dan telah terbukti bahawa media mempunyai pengaruh yang sangat luas dalam sesebuah masyarakat apatah lagi penggunaannya telah menjadi rutin dalam kehidupan seharian kita dek kerana kemajuan teknologi yang pesat. Terlalu banyak hiburan yang disiarkan bersifat terlalu melalaikan dan membuatkan kita terleka dan terlupa akan adat dan budaya sebenar kita sebagai sebuah masyarakat Islam.
Ramai yang tidak menyedari akan kewujudan beberapa pemuzik berkumpulan berbakat besar seperti kumpulan Dendang Anak yang berasal daripada Terengganu yang memperjuangkan lagu-lagu yang bukan saja menghiburkan bahkan juga turut menyelitkan unsur-unsur nasihat dan spiritual. Hiburan sebeginilah seharusnya kita tonjolkan bagi memulihkan kembali moraliti remaja Malaysia yang kian punah, dan inilah yang dikatakan hiburan bermaklumat yang seharusnya kita dengarkan.

Pihak kerajaan juga seharusnya menggunakan kuasa yang ada dalam membendung gejala tidak sihat dikalangan remaja seperti zina, dadah, arak dan sebagainya yang seringkali dikaitkan dengan pengaruh negatif yang dibawa oleh media seperti televisyen, filem, internet dan sebagainya dengan pengawalan lebih ketat terhadap pemilihan hiburan agar pihak pengamal media boleh mendapatkan idea sebenar tentang bentuk hiburan bagaima bukan sekadar hiburan kosong semata tetapi juga mampu mendidik jiwa kita ke arah kebaikan seterusnya membentuk modal insan yang berkualiti.
Aida ibrahim,
Uitm shah alam.

0 comments: