BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 20, 2010

Karnival Wow Putrajaya 2010 penuh manfaat.




Lambakan pelbagai jenis karnival dan acara yang menjadi buruan orang ramai untuk besantai bersama keluarga di hujung minggu kini bukanlah satu fenomena sosial yang baru bagi masyarakat Malaysia. Namun saya berasa begitu terpanggil untuk mengucapkan tahniah kepada pihak Perbadanan Putrajaya kerana telah berjaya mengendalikan sebuah karnival yang sarat dengan mesej 1 Malaysia iaitu Karnival Wow Putrajaya 2010 yang julung kali diadakan ini.

Uniknya karnival ini, pengisian acaranya begitu padat dengan pelbagai aktiviti bermanfaat yang sesuai bagi seluruh masyarakat Malaysia khususnya. Persembahan bermacam aktiviti kebudayaan yang mencerminkan budaya Malaysia seperti persembahan keroncong dan dikir barat bukan sahaja menjadi daya penarik pelancong asing bahkan juga mampu memperkenalkan semula kebudayaan kita kepada generasi muda Malaysia.
Bukan itu sahaja, karnival ini turut memberi galakan agar penduduk setempat untuk menjalani gaya hidup yang sihat dengan menyediakan aktiviti kesukanan seperti Walk n Hunt bagi pelajar sekolah rendah dan juga wall climbing bagi orang ramai yang mahu mencuba. Pembukaan tapak berniaga di gerai-gerai kecil disekitar tapak festival turut membuka peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan tambahan sambil bersantai bersama keluarga di hujung minggu.

Cuaca yang panas tidak menghalang orang ramai untuk terus berkunjung ke karnival dan inilah yang membuktikan bahawa pihak penganjur telah pun berjaya mengadakan sebuah acara yang begitu bermutu dan dengan acara bermutu sebeginilah yang akan mempromosikan keindahan Malaysia ke persada dunia. Oleh itu saya berharap agar karnival ini dapat dijadikan aktiviti tahunan di Putrajaya, syabas Perbadanan Putrajaya!


Sheril aida, shah alam.

1 comments:

- MissyXidy- said...

artikel ini telah disiarkan dalam ruangan e-mel dan surat dalam Berita Harian terbitan 22Feb2010.