BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 24, 2010

Kebebasan mutlak media baru membawa kerosakkan /bencana kepada keharmonian kaum



Kepelbagaian kemudahan teknologi kesan daripada kepesatan pembangunan dalam bidang teknologi maklumat boleh dijadikan sebagai kayu ukur dalam menentukan sejauh manakah sesebuah negara itu telah berkembang. Kepesatan dalam pembangunan inilah yang telah menciptakan pelbagai kemudahan baru yang berteknologi canggih yang membolehkan manusia berkomunikasi tanpa batasan yang juga dikenali sebagai media baru Merujuk kepada definisi media baru yang diterjemahkan melalui laman web http://www.webopedia.com/TERM/N/new_media.html, terdapat beberapa media yang boleh dikategorikan sebagai media baru termasuklah laman internet,kamera digital,DVD dan CD-ROM dan sebagainya.

Kemajuan teknologi sebegini sepatutnya menyumbang kepada kemajuan negara namun perkara sebaliknya yang berlaku apabila terlalu banyak alatan komunikasi yang disalahgunakan dan menyebarkan perkara-perkara negatif yang mungkin boleh merobohkan keamanan dan keharmonian hubungan kaum di Malaysia. Oleh itu, kebebasan mutlak tidak seharusnya diberikan kepada pengguna media baru bagi mengelakkan lebih banyak penyalahgunaan yang mungkin boleh menyebabkan perbalahan antara kaum di Malaysia seperti mana yang pernah terjadi suatu masa dahulu.

Dalam keadaan sekarang dimana belum lagi ada sebarang kebebasan mutlak diberikan kepada pengamal media baru, sudah timbul pelbagai isu-isu sensitif mengenai hal berunsurkan perkauman yang diperkatakan tanpa mengambil kira etika dalam penggunaan media baru yang boleh menjuruskan kepada perbalahan dan menghancurkan keamanan negara yang sedang kita kecapi tanpa sebarang bayaran ini, dan mungkin kerana itulah ramai yang tidak menghargai keharmonian yang ada kini.

Contoh paling ideal yang boleh dikaitkan dengan hal ini ialah mengenai isu penggunaan kalimah Allah yang pernah menggemparkan masyarakat Malaysia tidak lama dahulu, mungkin kita telah terlepas pandang akan satu perkara penting ini kerana minda kita telah disogok oleh perkara-perkara positif yang kononnya telah dilaksanakan banyak pihak bagi menyelesaikan kes pembakaran gereja bagi mengelakkan perkara lebih buruk terjadi.

Sebenarnya terdapat segelintir individu daripada agama lain yang juga tidak berpuas hati dengan bantahan yang dikemukakan oleh orang-orang melayu terhadap penggunaan kalimah Allah di gereja dan mereka telah memperlihatkan rasa ketidakpuasan hati mereka melalui satu laman sosial terkenal dengan menghina orang melayu yang begitu tegas untuk memperjuangkan hak mereka dan turut menghina Nabi Muhammad dengan menggelarkan baginda sebagai babi Muhammad,(rujuk pada gambar yang dilampirkan). Tulisan berunsurkan kutukan mengenai perkara-perkara seperti ini tidak seharusnya disiarkan di mana-mana memandangkan isu keagamaan terutamanya memang sangat sensitif dan mempunyai kemungkinan yang sangat besar dalam menyumbang kepada perbalahan antara kaum di Malaysia sekaligus menghancurkan semangat perpaduan yang sedia ada kini.

Kita jengah pula kepada satu laman interaktif yang menyediakan khidmat muat dan naik turun pelbagai video yang terkenal di negara ini. Mungkin kita tidak pernah terfikir untuk mencari video berkaitan penghinaan terhadap kaum-kaum yang ada di Malaysia ini memandangkan kita hidup di dalam keadaan yang tenteram tanpa sebarang prejudis terhadap orang lain yang bukan sebangsa dengan kita. Oleh kerana itulah kita tidak pernah menyedari akan kewujudan video yang mengutuk agama Islam seperti yang telah dimuat turunkan dalam blog ini.

Seharusnya kita yang hidup dalam era globalisasi dan bertamadun tidak melakukan perkara-perkara sebegini yang hanya mengundang bahaya kepada perpaduan antara kaum masyarakat Malaysia, sebaliknya kita haruslah memanfaatkan kelebihan yang ada dengan menggunakan media baru sebagai sebuah ejen pengatara bagi memupuk rasa kekitaan dan perpaduan dalam meningkatkan lagi keharmonian Malaysia. Mungkin rakyat Malaysia masih belum memahami sepenuhnya akan kepentingan perpaduan bagi sebuah negara berbilang bangsa, oleh itu dasar-dasar kerajaan yang menggalakkan perpaduan kaum seperti konsep 1Malaysia harus lebih ditekankan agar semua pihak dapat memahami seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Wallahualam.

0 comments: